Ilmu ibadah
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya". At-talaq:4
Sunday, 31 July 2011
Sunday, 24 July 2011
TAYAMMUM
glitter-graphics.com
Maksud tayammum pada bahasa : khosad (mengsahajakanaa)
Maksud tayammum pada istilah : menyapu muka dan kedua-dua tangan kesiku dengan menggunakan debu yang bersih mengikut syarat dan rukun tertentu sebagai ganti kepada wudu’ atau mandi wajib
SEBAB-SEBAB WAJIB TAYAMMUM APABILA MASUK WAKTU
1-Tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan dan minum sahaja.
2-uzur kerana luka atau balutan pada luka disebabkan penyakit yang dihidapi dan menghalang pengunaan air.
3-Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa.
Anggota Tayammum
1-Dua Tangan
Kedua-dua belah tangan bermula dari hujung jari hingga kesiku
2-Muka
Kesehuruhan bahagian muka bermula dari tempat tumbuhnya rambut hingga kedagu.
RUKUN-RUKUN TAYAMMUM
1. Niat .
2. Memindahkan debu keanggota tayammum.
3. Menyapu muka
4. Menyapu dua tangan hingga kesiku
5. Tertib
NIAT TAYAMMUM
نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة لله تعالى
Ertinya: sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu solat kerana Allah Ta’ala.
CARA-CARA TAYAMMUM
1. Tekap kedua tapak tangan diatas debu beserta dengan niat.
2. Tekap tapak tangan untuk kali kedua pada kawasan yang lain daripada yang pertama.
3. Menyapu debu keseluruh muka.
4. Menyapu tangan kanan hingga kesiku.
5. Menyapu tangan kiri hingga kesiku.
SUNATSUNAT TAYAMMUM
1. Membaca “بسم الله الرحمن الرحيم”
2. Menyapu muka bermula dari atas hingga kebawah.
3. Mendahulukan menyapu tangan kanan berbanding tangan kiri.
4. Melagakan ibu jari kanan dan kiri bagi mengharuskan debu pada tapak tangan.
5. Merenggangkan jari.
6. Menyelati anak-anak jari.
7. Melakukan tayammum dengan menghadap kiblat.
8. Melebihi menyapu muka berbanding had yang wajib disapu.
9. Menyapu kedua belah tangan melebihi had yang dijawibkan.
10. Membaca doa setelah selesai mengerjakan tayammum.
glitter-graphics.com
MANDI WAJIB
mandi wajib ialah mengalir dan meratakan air mutlak keseluruh anggota badan dengan niat dan sebab-sebab yang tertentu.
RUKUN-RUKUN MANDI WAJIB
1. Niat
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan termasuk pada kawasan-kawasan yang berlipat.
SEBAB-SEBAB MEWAJIBKAN MANDI WAJIB
1. Bersetubuh
2. Keluar air mani samaada melalui mimpi atau selainnya.
3. Keluar darah haid
4. Nipas
5. Melahirkan anak (bersalin)
6. Mati kecuali mati syahid
NIAT MANDI WAJIB
نويت الغسل الفروض لله تعالى
maksudnya: sahaja aku mandi yang fardu kerana Allah Ta'ala
HIKMAH MANDI WAJIB
1. Menyucikan hati dan badan.
2. Menunjukkan Islam itu agama yang suci.
3. Mendapat pahala.
intisari:
1. Umat Islam bukan sahaja perlu menjaga kebersihan Zahir dari najis dan kekotoran bahkan perlu menyucikan hati dari perkara-perkara yang mazmumah(tercela).
2. Doa selepas mandi wajib wajib sama seperti doa selepas Wudu'.
3. Mati syahid ialah mati kerana berjuang dijalan Allah.
4. Seseorang yand baru memeluki Islam juga disyaratkan untuk mandi.
Subscribe to:
Posts (Atom)